SKM AKUAKULTUR

TRANSFORMASI PERTANIAN MENJANA EKONOMI NEGARA

BERITA

Pelatih institut pertanian, NATC dapat elaun

Posted by SKM AKUAKULTUR WEB MANAGER on November 5, 2012 at 10:25 PM

SERDANG — Seramai 1,623 pelatih di institut pertanian dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) seluruh negara akan kembali menerima elaun sehingga RM300 sebulan bermula Januari depan.

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia membabitkan peruntukan RM4 juta setahun, di mana pelatih sijil akan menerima RM200 sebulan, RM250 sebulan untuk pelatih diploma manakala RM300 sebulan untuk pelatih yang menjalani latihan praktikal industri.

 

"Sebelum 2010, pelatih-pelatih ini diberi duit poket tapi tak selaras. Sebagai contoh pelatih Institut Pertanian diberi elaun RM50 sebulan, di bawah Jabatan Veterinar diberi RM60 sebulan, tetapi duit poket ini diberhentikan pada 2010 kerana kekurangan peruntukan.

 

"Pemberian semula elaun ini menunjukkan bahawa kerajaan memberi tumpuan serius kepada generasi muda supaya mereka benar-benar komited dan akan meneruskan perjuangan dalam sektor pertanian,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan menteri dengan siswazah tani dan usahawan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Institut Pertanian Serdang di sini hari ini.

 

Noh berkata kementerian juga diberi peruntukan RM4 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti di pusat-pusat institut pertanian di seluruh negara. — BERNAMA

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

2 Comments

Reply muhammad nazhan
1:00 PM on June 21, 2013 
Assalamualaikum.
Saya mendapat tawaran mengikuti kursus sijil pekerja ladang di institut pertanian kuala lipis, pahang. Tarikh kemasukannya ialah julai 2013.Dalam surat tawaran, tidak diberitahu bahawa pelajar di institut tersebut akan diberikan elaun. Jadi, saya meminta jasa baik tuan/puan untuk memberitahu saya mengenai hal ini. Jasa baik dari pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.
Reply SKM AKUAKULTUR WEB MANAGER
12:16 AM on June 30, 2013 
W'salam,
merujuk kepada pertanyaan tuan,
elaun bulanan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa yg diberikan oleh pihak kerajaan.
Ia bukanlah termasuk dalam pakej latihan yg merangkumi yuran pengajian percuma,makan minum serta penginapan.
Elaun adalah bantuan tambahan dan tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ada.