SKM AKUAKULTUR

TRANSFORMASI PERTANIAN MENJANA EKONOMI NEGARA

INFO AKUAKULTUR

Laman ini memaparkan segala yang berkaitan dengan industri akuakultur seperti teknik pembenihan,penternakan,rawatan penyakit ternakan dan sebagainya.Anda yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkaitan industri akuakultur,boleh juga berkongsi dengan pelawat yang lain dengan menghantar artikel,gambar(sertakan dengan penerangan),hasil karya dan sebagainya dengan hanya KLIK 'HUBUNGI KAMI' atau melalui e-mail di skmakuakultur@yahoo.com

LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI OLEH PENGENDALI WEB.

 

 

Udang Harimau






UDANG HARIMAU






Ternakan udang di Malaysia telah bermula di dalam tahun 30-an dengan menggunakan cara tradisional iaitu dengan memerangkap benih udang di dalam kolam yang dibina di persisiran pantai yang mempunyai julat pasang surut yang bersesuaian serta bekalan benih udang semula jadi yang banyak.
Industri ternakan udang laut khasnya udang harimau di negara ini telah berkembang dalam tahun 1980-an. Udang laut ini, kini telah menjadi hasil ternakan akuakultur yang penting dalam menyumbang nilai pendaratan akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang diternak secara komersial di dalam kolam diseluruh dunia tetapi udang harimau (Panaeus monodon) adalah salah satu dari spesies yang paling popular. Udang harimau diternak di negara-negara Asia yang beriklim tropika dan mewakili 60%–70% daripada jumlah pengeluaran udang ternakan diseluruh dunia, meningkat dari 52% pada tahun 1998. Udang P. Vannamei atau Pacific White menyumbang 24%. Penaeus monodon atau Black Tiger dan P. orientalis atau White Faisho merupakan ternakan utama Asia manakala P. Vannamei atau Pacific White Shrimp di Amerika Latin. Pada keseluruhannya, udang harimau mewakili hampir 20% dari jumlah pengeluaran dunia.
Udang harimau merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak udang di Malaysia. Ianya memainkan peranan penting dalam ekonomi industri akuakultur negara ini. Walaupun begitu Malaysia bukanlah pengeluar utama, kerana keluasan kolam ternakan udang harimau hanyalah sekitar 6,000 hektar. Sebagai perbandingan, Thailand mempunyai 80,000 hektar kolam udang, 40,000 hektar di Indonesia dan 80,000 hektar di India. Walau bagaimanapun, purata pengeluaran (tan metrik per hektar) di Malaysia adalah tinggi, selepas Taiwan dan Thailand. Ini menunjukkan bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju dan setanding dengan negaranegara tersebut.
Di Malaysia, ternakan udang harimau telah menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting sejak kejayaan mengeluarkan benih secara besar-besaran dan penggunaan teknologi ternakan yang moden. Majoriti ternakan udang atau 70% udang terhasil di kawasan timur. Dari awal 1980-an dan pertengahan 1990-an, pengeluaran udang ternakan telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda.
Dalam tahun 2000, sebanyak lebih kurang 12,000 MT udang akuakultur (>95% udang harimau) bernilai RM400 juta telah dikeluarkan daripada 6,000 ha. Kawasan kolam air payau yang melibatkan lebih kurang 950 penternak. Pengeluaran daripada ternakan udang akuakultur mewakili cuma 10% daripada 111,900 MT daripada udang tangkapan.
Perusahaan udang bagi pelbagai spesies akan terus digalakkan di mana dianggarkan sebanyak 150,000 tan metrik udang bernilai RM2.7 bilion mampu dihasilkan pada tahun 2010 (Jabatan Perikanan).











  • TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
    PENGENALAN
    Udang Harimau (Penaeus Monodon)Adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.
    Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.
    Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-
    Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.Permintaan yang tinggiJaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar Negara Contoh:Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah diantara RM 20 –RM 30/kg.
    Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIMPenggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
    KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK
    Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-
    Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.Berhampiran dengan pusat penetasan.Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.Mempunyai strategi pemasaran yang baik.


  • PEMBINAAN KOLAM
    1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.
    2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.
    3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.
    4. Sistem air kolam intensif.
    a. Punca air
    b. Sistem pam
    c. Kolam takungan
    d. Pintu air masuk/keluar
    5. Reka Bentuk Kolam Intensif
    a. Kedalaman 1.3m-1.5m
    b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
    c. Kecerunan dasar 1: 200
    d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
    e. Pintu air masuk dan keluar.





  • PENYEDIAAN KOLAM
    Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.
    1. Pembuangan Lumpur:
    -Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
    - Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air.
    - Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
    - Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.
    Penjemuran :
    Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.
    Membaiki Sturuktur Kolam
    Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.
    Mengapur
    Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.
    5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
    Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan.
    6. Pemberian Makanan :
    Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.



  • PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL
    ‘Automatik Feeder’–Tidak memerlukan tenaga buruh
    -Jimat kos.
    - Mengelak pembaziran
    - Waktu pemberian makanan lebih tepat.
    Sludge Pump.-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.
    Kolam HDPE
    -Dasar kolam lebih bersih.
    -Ruang untuk udang makan lebih luas.
    -Mengelak kebocoran kolam.



  • PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
    -Oksigen Terlarut – 5 ppm
    -pH – 7.5-8.5
    -Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
    -Suhu – 27-32?C
    -Karbon Dioksida - <2>


  • CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI
    Bentuk dan Sifat:Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
    Analisis Mikroskopik:
    Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.Rostrall spines 6-7Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit.



  • KUALITI AIR
    Oksigen Terlarut (D.O):Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.
    2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:
    a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.
    b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
    c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.
    Apabila D.O<3.0>


  • SALINITI
    Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.


  • SUHU
    Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.Suhu yang tinggi menyebabkan :Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.


  • PUNGUTAN HASIL
    Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:
    i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.
    ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.


  • ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN
    -Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
    -Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000
    Benih 5,400
    Makanan 31,500
    Letrik 12,000
    Buruh 2,000
    Pelbagai 2,000
    Jumlah = 53900
    Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
    Penyelenggaraan 2,000
    Jumlah 3,500
    JUMLAH BESAR 57,400
    UNTUNG BERSIH 19,100


  • NOTA
    Saiz kolam – 1 hektar
    Kepadatan – 30 ekor/m2
    Tempoh Ternakan - 120 hari
    Kadar Hidup – 60%
    Saiz pasaran – 40 ekor/kg
    FCR – 2.0
    Tuaian – 4.5 mt
    Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.
 
 
MYAGROSIS

Pengenalan kepada MyAgrosis

MyAgrosis atau Kelab Usahawan Graduan Pertanian, telah dilancarkan pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika melancarkan kelab tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa MyAgrosis akan membawa institusi tinggi kepada teras pengeluaran makanan negara serta membantu negara menangani kekurangan import makanan.

“Buat masa ini kita mengeksport sejumlah RM18bil barangan makanan setahun manakala import kita berjumlah RM30bil. Kita berdepan dengan kekurangan yang begitu ketara. Maka, MyAgrosis akan membantu kita memperbaiki keadaan dengan pendekatan yang baru,” Datuk Seri Najib berucap ketika melancarkan kelab tersebut dan mengisytiharkan pembukaan Perhimpunan Usahawan Pemuda dan Graduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Dengan kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh kos makanan dalam negara ini, penduduk dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan yang berterusan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan pengeluaran makanan melalui usaha MyAgrosis, masalah ini mungkin akan menyenangkan ramai rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka. MyAgrosis juga menerima peruntukan sejumlah RM30 juta bagi membantu dalam kemajuan programnya.

Selain itu,Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa beliau telah menggesa kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya : FAMA, Agrobank dan TEKUN bagi membantu dalam pengeluaran makanan. Oleh itu, RM10 juta daripada sejumlah RM30 juta akan disalurkan kepada Agrobank bagi menawarkan skim pinjaman bebas penjamin kepada ahli-ahli MyAgrosis dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 bagi menyertai perniagaan pertanian. Baki jumlah tersebut akan diperuntukkan kepada Tekun Nasional dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan peruntukan sebanyak RM10juta setiap sebuah agensi. Tekun akan menawarkan dana kepada peserta-peserta MyAgrosis manakala pihak kementerian akan menawarkan kemudahan untuk program-program MyAgrosis seperti hidroponik dan sistem bekalan air.

Peruntukan baru untuk Agrobank ini menjumlahkan dana bank untuk program tersebut kepada RM20juta.

Menurut Datuk Seri Najib peruntukan dana tersebut menandakan sokongan kerajaan sepenuhnya terhadap MyAgrosis. Dengan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan.

Adalah diharapkan bahawa kelab ini akan memberikan platform kepada graduan agar bersifat lebih dinamik dalam mengenal pasti cara-cara untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

 

 

 

OCEANTRONIC : SISTEM PENTERNAKAN IKAN LAUT DALAM KANVAS - SISITEM OCEANTRONIC

 OCEANTRONIC
'Sistem Oceantronic' merupakan satu kaedah pemeliharaan ikan di dalam kanvas dan pengurusan proses pengaliran, pengairan, pengudaraan dan penapisan yang sistematik.Ikan air masin berpotensi untuk dipelihara serta mempunyai harga pasaran dan permintaan yang tinggi. Selain itu, ikan peliharaan oceantronic ini lebih organic kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang selalu digunakan oleh penternak melalui ubat-ubatan.Sistem Oceantronic didatangkan dalam 3 model iaitu
:

  • Model Flat ( F1K1S)



  • Model Vee (V1K1S)

  • Model 3 (F3K1S)

  • Sistem Oceantronic dibekalkan dengan sistem pengurusan bersepadu seperti berikut :
  1. Pump
  2. Waste Trap
  3. Zeo Filter 1
  4. Zeo Filter 2
  5. UV Filter
  6. Biological Filter


Model Sistem Oceantronic :

  • Model Flat ( F1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model Vee ( V1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model 3 ( F3K1S) termasuk :
  1. 3 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan

SPESIFIKASI IKAN








  1. Bilangan ikan: 1500 ekor per kolam. Ikan-ikan perlu diasingkan mengikut gred selepas 3 bulan.
  2. Harga benih :RM 1.80 seekor (min 3000 ekor) caj pengangkutan dikenakan untuk pesanan kurang dari 3000 ekor
  3. Saiz untuk jualan :(500gm-700gm) Harga pasaran mencecah RM 15.00/kg
  4. Tempoh tumbesaran :(5-6 bulan) saiz sesuai untuk pasaran.
  5. Jenis makanan :Pallet ikan + ikan baja
  6. Kekerapan makan : FCR (1 : 1.2)
  7. Harga makanan ikan :RM 2.60 / kg
SPESIFIKASI AIR KOLAM







  1. Jumlah air :5000 gallon per kolam
  2. Jumlah garam :RM 1000.00 per kolam untuk 6 bulan
  3. Kekerapan tukaran air & garam :Tukar setiap kali selepas harvest
  4. Kos bekalan elektrik :RM 20.00 sebulan
  5. Khidmat rundingan & latihan :RM 5000.00 bagi satu kawasan untuk bulan pertama. Untuk bulan seterusnya dikendalikan oleh pengusaha sendiri.
AKSESORI TAMBAHAN







  1. Backup Oxygen Pump :-Berfungsi secara automatik apabila bekalan elektrik terputus -RM 850.00
  2. Bumbung (Nylon) :-Berfungsi untuk meminimakan sinaran matahari dan menghalang kemasukan air hujan. -RM1,500.00
  3. Fish Feeder :-Berfungsi untuk memberi makanan kepada ikan secara automatik. -Kapasiti : anggaran 10kg / isian
  4. Garam Mineral 20kg :-RM 200.00
  5. Pakar Rujuk 30 hari :RM 5,000.00 termasuk : -Alat ujian air -Penjagaan air -Penilaian terhadap ikan -Ubat ikan Kolam




Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

 

Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu

Sistem Ternakan

Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti

  • Ternakan kolam tanah
  • Tangki fiber glass
  • Tangki aquarium
  • Kolam konkrit

Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.

Antara modul ternakan yang diguna pakai

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
  • Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
  • Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
  • Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
  • Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh < 18bulan
  • Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran

Makanan

  • Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
  • Daging ikan yang dipotong-potong

 

Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.

Bekalan anak benih

1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.

2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.

Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah < 20% membantut usaha penternakan ketutu pada skala besar.

Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.

VIDEO TERKINI

573 views - 0 comments
746 views - 0 comments
769 views - 0 comments
691 views - 0 comments

Daftar e-mail anda untuk info terkini SKM Akuakultur